rss
twitter
    Majulah Bola Sepak Untuk Negara :)

Jumat, 02 Desember 2011

www.kelate.net

www.kelate.net


Jang Calar Rekod Kelantan

Posted: 30 Nov 2011 11:49 PM PST

Penyerang Kelantan, Antwi (tengah) terkepung dengan asakan dua pemain Negeri Sembilan dalam perlawanan yang berkesudahan skuad Jang menang 3-1, malam kelmarin.

NEGERI SEMBILAN 3
Jean-Emmanuel Effa Owona (m-53)
Idris Abdul Karim (m-63)
S Kunanlan (m-78)

KELANTAN 1
Denny Antwi (m-72)

SEREMBAN – Rentak cemerlang skuad Liga Super Kelantan dalam persiapan pra-musim bagi menghadapi saingan musim depan sedikit tercalar setelah tewas kepada juara Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam semalam.

Beraksi dalam keadaan padang becak, ternyata aksi corak permainan kedua-dua pasukan tampak cukup terbatas terutamanya pada babak pertama meskipun pasukan tuan rumah menampilkan barisan terkuatnya dalam perlawanan itu.

Seawal m-17, pasukan tuan rumah hampir mendahului menerusi percubaan Shakir Ali berpunca gerakan menarik Ketua Pasukannya, Mohd Shukor Adan dan S Kunanlan sebelumnya namun sempat ditepis keluar penjaga gol Kelantan, Muhammad Syazwan Yusoff.

Pemain import terbaru dari Cameroon yang baru diuji, Albert Baning berjaya menjaringkan gol pertama untuk Kelantan pada m-34 namun jaringannya dibatalkan oleh pengadil perlawanan setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid sebelum itu.

Lapan minit babak kedua bersambung, pasukan Negeri Sembilan tidak perlu menunggu lama untuk pemain import dari Cameroon yang baru dimasukkan, Jean-Emmanuel Effa Owona memecahkan kebuntuan apabila menjaringkan pertama untuk skuad

Pemain veteran Negeri Sembilan, Idris Abdul Karim menghukum kesilapan kesilapan awal penjaga gol Kelantan, Muhammad Syazwan menerusi rembatan kaki kirinya pada m-63 perlawanan untuk gol kedua pasukannya.

Namun Kelantan kembali merapatkan jurang menjadikan kedudukan 2-1 pada m-73 menerusi jaringan penyerang import, Denny Anwti yang bijak merampas bola berpunca kesilapan pemain pertahanan pasukan tuan rumah sendiri.

Negeri Sembilan bagaimanapun terus menjarakkan kedudukan apabila pemain kebangsaan, Kunanlan menjaringkan gol ketiga untuk pasukannya pada m-78 menerusi sepakan lambungan yang memerangkap Muhammad Syazwan di gawang gol Kelantan.

Kesebelasan utama pemain :

NEGERI SEMBILAN -  Mohd Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah, Qairul Anwar Roslani, Muhammad Shukor Adan (KP), Norismaidham Ismail, Mohd Shakir Ali, S Kunanlan, Marquen Ferreira, Shahurain Abu Samah, Mohd Zulfaizham Ismail, Mauro Silva,

KELANTAN -  Muhammad Syazwan Yusoff, Mohd Daudsu Jamaluddin, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Khairul Izuan Rosli, Muhd Badhri Radzi (KP), Albert Baning, Mohd Nurul Azwan Roya, S Chanturu, dan Denny Antwi.

Norshahrul Tak Ikut Jejak Safee

Posted: 30 Nov 2011 07:16 PM PST

Norshahrul Idlan Talaha

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.

Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

"Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.

"Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus," katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

"Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu," katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.

Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.

Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.

"Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina," katanya.

Gembira Sumbangan Diiktiraf

Posted: 30 Nov 2011 07:10 PM PST

Khairul Fahmi Che Mat

SHAH ALAM – Bukan rezeki penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat memenangi Anugerah Supermokh untuk Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan semalam walaupun mempamerkan persembahan hebat tahun ini.

Kecundang kepada Norshahrul Idlan Talaha, yang juga rakan sepasukannya, Khairul Fahmi atau Apek tetap tidak pulang dengan tangan kosong apabila Anugerah Penjaga Gol Terbaik menjadi penawar dukanya selepas menewaskan Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee.

"Saya tetap gembira meraih anugerah ini (Penjaga Gol Terbaik) yang saya sifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada pencapaian saya sepanjang musim lalu.

"Walaupun tidak memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai, itu bukan satu masalah kerana Norshahrul adalah rakan sepasukan saya dan saya juga tumpang gembira dengan kemenangannya, " katanya.

Sementara itu, jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik selepas berjaya membimbing Terengganu menjuarai Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super untuk mengecewakan Norizan Bakar (Perak) dan Datuk M. Karathu (Kelantan).

Safiq Rahim, yang sedang menjalani latihan di Cardiff City menepati ramalan apabila muncul pemenang Pemain Tengah Terbaik, sementara Norhafiz Zamani Misbah merangkul Pertahanan Terbaik walaupun tidak banyak beraksi pada musim lalu kerana kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Bagi lain-lain anugerah, Pemain Harapan Terbaik dirangkul pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor, Persatuan Bola Sepak Selangor dianugerahkan Persatuan Bola Sepak Terbaik manakala PKNS dinobat Kelab Bola Sepak Terbaik.

Wan Zack Haikal yang mengetepikan Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Irfan Fazail mengakui anugerah itu tidak langsung dapat mengubati duka yang gagal memberikan persembahan baik pada dua pertemuan kelayakan pusingan akhir Olimpik baru-baru ini.

"Memang saya baru pulih daripada kecederaan tetapi saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan atas persembahan saya.

"Saya masih sedih kerana gagal membantu negara mencapai sebarang kemenangan dalam dua terdahulu terutama semasa kita kalah 2-3 kepada Bahrain, " katanya.